Wednesday, 12 June 2013

tony fernandes

ok malam ni sorang lagi kena pecat oleh mr tony fernandes. dan orang itu ialah ningku. capitalism ialah word for tonight. team maverick menang skali lagi. tugasan kali ni ialah membuat promosi untuk product nestle nescafe. tunggu minggu depan pulak siapa yang nak kena pecat pulak!

Sunday, 9 June 2013

sebarkan positif

Berfikiran positif dapat membantu dalam melaksanakan tindakan yang positif. Aura positif akan menyebabkan orang sekeliling positif. Jadilah orang yang positif dan magnet kejayaan dunia dan akhirat.

ujian

seseorang akan menghargai sesuatu apabila dia kehilangan sesuatu. jangan berkata kamu menghargai sesuatu sebelum kamu merasai kehilangan. Allah berfirman bermaksud jangan kamu mengatakan kamu beriman sebelum kamu diuji. Ini menunjukkan tindakan yang kita ambil saat kita diuji akan menunjukan tahap keimanan seseorang.

Wednesday, 5 June 2013

neymar

at last neymar ke barcelona. barcelona akan lebih gah selepas ini. liga sepanyol akan semakin kurang saingan sebabnya pasukan handalan terlalu hebat. kehadiran neymar ke barcelona pasti akan memeningkan pasukan  real madrid. real perlu membawa pemain baru. tambahan pula dikatakan ronaldo juga bakal berpindah pasukan.
photo by-google

mana nak lari

mana nak lari. mana nak pergi. mana nak cari. bumi luas. tapi nak lari kemana. utara? timur? selatan? barat? atau kutub utara. kenapa nak lari? lari jauh jauh. supaya tak ada yang dapat cari. supaya tak ada yang tahu. bukan lari sembunyi. tapi lari cari diri.

sepi

sepi. tak ada suara. sepi. tak ada manusia. sepi. dan masih sepi. buka radio. kuat-kuat. bagi tak sepi. tapi kenapa bunyinya pelan. radio rosak? kembali sepi.

susah nak tidur

macam macam telah dicuba. tapi masih susah nak tidur malam. ada bantal dibuang ketepi.diambil semula. masih tak dapat tidur. malam semakin kelam. aku masih tak dapat tidur. kenapa? tilam miang. gatal seluruh badan. celik mata dah pagi. oh aku tertidur semalam.

puncak mutiara

makan tengahari di puncak mutiara. puncak mutiara terkenal dengan lamb chopnya. pertama kali jejak di puncak mutira boleh tahan jugak tempatnya. tak ramai orang mungkin sebab makan tengahari. kalau malam pasti sesak dengan manusia.
photo by-nurhijriah

Saturday, 1 June 2013

hujan

hari ni hujan turun seharian daripada pagi tadi. hujan banyak kelebihan. hujan dapat membersih udara kotor. hujan dapat memberi sumber air kepada hidupan dan tumbuhan. hujan dapat menyuburkan tanaman. hujan dapat menyegarkan badan dengan atmosfera sejuk. hujan satu anugerah Allah SWT. terima kasih Allah.

JDT ke final piala FA 2013

akhirnya JDT layak ke final piala FA. walaupun kalah dalam perlawanan semalam dengan Pahang 1-2. tetapi   menerusi agregat JDT mengumpul jaringan 2-2 dan berkelebihan gol ditempat lawan. JDT akan bertemu Kelantan di final pada 29 Jun nanti. tahniah JDT.