Monday, 29 July 2013

tanggungjawab

adakala kita melakukan kesalahan. merosakkan harta orang tanpa diketahui oleh empunya harta. ramai yang lari daripada tanggungjawab tambahan jika melibatkan faktor kewangan. takut nanti didenda. tapi kalau dah buat salah kenapa takut bertanggungjawab. berani la brother. korang mesti bertanggungjawab dengan apa yang kau buat. lari daripada tanggungjawab takkan pernah menyelesaikan masalah.

malu bertanya

orang malu bertanya takkan berjaya. orang malu bertanya akan gagal. orang malu bertanya akan sesat. mereka akan terus bodoh jika mereka masih malu bertanya. sebab ilmu akan diperolehi apabila kita tidak malu bertanya.

Friday, 26 July 2013

bukan popularity

aku tulis blog bukan cari popularity. saja-saja tul;is bila bosan. bukan nak suruh orang baca pun. cuma sebagai diari personal aku. senang nak access mana pun boleh asal ada internet.

leher johor

ummi dah beli kain untuk buat baju raya. tahun ni warna coklat. ummi tanya nak buat leher johor atau cekak musang. ummi tak tahu buat leher cekak musang. tapi ati boleh buat. aku nak ummi yang jahit baju aku. sebab boleh dijadikan kenangan nanti tua. aku nak leher johor.

kereta baru

semalam bapa beli kereta baru. kereta kancil tahun 1999. kereta 850cc. auto transmission. ina letak kereta luar rumah. aku ambil kunci nak ubah masuk pagar. alang-alang dah start. aku ronda dulu. bawa ummi jalan pusing kota. hahaha. kereta kecil senang nak bawa. nak harapkan preve aku bila masa la aku nak start bawa pergi kerja. preve besar. huhu

Monday, 22 July 2013

Domain Blog

susah gila nak pilih domain blog ni.

Malaysia 1 Chelsea 4

Sekali lagi Chelsea berjaya menewaskan Malaysia. Dengan jaringan 4 gol berbalas 1. Malaysia telah menunjukan permainan yang baik sebenarnya. Dengan kehadiran Nazmi Faiz, Nazrin Nawi dan Nizab Ayub telah menambahkan pilihan kepada Dato Rajagopal. Tetapi sejauh mana jurulatih mengambil peluang kita tunggu dan lihat. Astro Arena juga telah dihentam apabila gagal menyiarkan perlawanan secara langsung di Facebook mereka. Apapun alasan yang diberikan Astro Arena, sepatutnya perlawanan ini disiarkan secara langsung kerana peminat telah melanggan Astro untuk melihat perlawanan yang melibatkan pasukan negara. Kecewa dengan Astro Arena.

Monday, 15 July 2013

kerja

jumpa kawan di pasar ramadan, kawan lama daripada sekolah menengah dulu. tanya kerja apa. aku jawab kerja kilang. kawan kata kau belajar pandai pandai kerja kilang je. diam. tanya dia buat apa sekarang. dia kerja welding dekat simpor. jalan kaki je pergi kerja katanya. ok. beli kuih 2 ringgit. balik rumah. berbuka puasa. salam ramadan :)

Monday, 1 July 2013

Hari lebih ceria!

salam sejahtera, jadikan hari anda lebih ceria dan bermakna. syukur kehadrat Ilahi kita masih diberikan nafas dan kehidupan yang terbaik.